EPL

Bonus buat Man United jika ada pemain baru masuk – Solskjaer

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Solskjaer kini dilihat berpuas hati dengan barisan pemain yang dimiliknya.

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengandaikan bonus buat pasukannya jika berjaya membawa masuk lagi pemain sebelum berakhirnya tarikh akhir perpindahan hujung bulan ini.

Baginya, ketika ini semuannya boleh berlaku khususnya dalam perpindahan pemain.

“Anda tidak pernah tahu apa yang sedang berlaku dalam bola sepak. Masih ada satu minggu lagi. Kami mempunyai pasaran perpindahan yang sangat baik dan berjaya menandatangani dua pemain yang hebat.

“Kami gembira dengan apa yang telah kami lakukan, dan kemudian kami berusaha untuk menjadi pasukan yang lebih baik. Kami perlu segera mencapai yang terbaik, tidak diragukan lagi.

“Saya rasa tidak akan ada banyak yang terjadi. Sekiranya sesuatu berlaku maka itu adalah bonus,” tegasnya.

Ketika ini Man United telah membawa masuk Jodan Sancho dan Raphael Varane.

Dilaporkan, Man United sedang dalam perbincangan untuk menandatangani pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez dan pemain muda Rennes, Eduardo Camaviga.

Selain itu, United juga pernah dikaitkan dengan pemain Atletico lain, Kieran Trippier.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: