
HARRY Kane dilaporkan meminta Tottenham menaikkan gajinya 400,000 paun seminggu (RM2.3 juta) selepas tidak dapat berpindah ke Manchester City.
Kane mengesahkan dia akan kekal bersama Spurs musim ini.
Menurut laporan The Times, Kane akur dengan keputusan kelab, dan membuat permintaan untuk menaikkan gajinya yang dipercayai menerima 300,000 paun seminggu dalam kontrak sedia ada.
Kane beranggapan dia perlu dinaikkan gaji apabila Spurs enggan menjualnya musim ini.
It was incredible to see the reception from the Spurs fans on Sunday and to read some of the messages of support I’ve had in the last few weeks. 👏⚽
I will be staying at Tottenham this summer and will be 100% focused on helping the team achieve success. #COYS pic.twitter.com/uTN78tHlk1
— Harry Kane (@HKane) August 25, 2021
Sekiranya permintaan itu dipersetujui Spurs, Kane bakal menjadi menjadi pemain bergaji paling tinggi dalam Liga Perdana.
Setakat ini, rakan sepasukannya Kevin de Bruyne menerima gaji paling tinggi dengan 385,000 paun seminggu diikuti penjaga gol Manchester United David de Gea dengan 375,000 paun seminggu.
Dalam pada itu Kane bersedia untuk memberi fokus musim ini biarpun ‘patah hati’ selepas kelab mungkir janji.
Add Comment