
BURUAN Chelsea terhadap pemain baharu nampaknya tidak terhenti dengan kemasukan Romelu Lukaku tetapi turut mengidamkan pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez.
Difahamkan perbincangan ingin membawa masuk pemain tengah yang turut diminati Liverpool dan Manchester City akan menyertai The Blues secara pinjaman.
Menurut laporan Telegraph, Atletico bersedia melepaskannya dengan harga 45 juta euro dan dengan harga yang diletakkan Chelsea dilaporkan akan melepaskan beberapa pemain untuk mendapatkan dana.
Ketika ini beberapa pemain tengah yang jarang digunakan Thomas Tuchel iaitu Ross Barkley, Danny Drinkwater, dan Tiemoue Bakayoko.
Bagi musim 2021/22, The Blues hanya membawa masuk Lukaku dari Inter Milan dengan 115 juta euro serta membawa penjaga gol Marcus Bettinelli secara percuma.
Add Comment