EPL

Dyche selar tanggapan Klopp

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dyche (kanan) menafikan kenyataan Klopp mengenai anak didiknya dikatakan mempamerkan aksi keras.

PENGURUS Burnley, Sean Dyche menyelar kenyataan Jurgen Klopp yang menuduh anak didiknya memperagakan aksi kasar pada perlawanan yang memihak tuan rumah di Stadium Anfield, Sabtu lalu.

Tegas Dyche, dia menganggap pasukannya tidak kasar dan terbukti dengan ketiadaan kad kuning yang diterima oleh Burnley sepanjang perlawanan.

“Kami mempunyai pemain profesional yang bekerja keras dalam karier mereka untuk mencapai tahap yang mereka miliki,”

“Implikasi dari apa yang dia katakan mengenai pelanggaran itu benar-benar salah,” kata Dyche dipetik oleh Mirror.

Terdahulu, Klopp menuduh Burnley bermain kasar ketika menentang Liverpool dengan kemenangan memihak The Reds menang 2-0.

“Kami harus melindungi pemain. Kami tidak dapat mencegahnya sepenuhnya dan mengatakan ‘Saya gembira melihat pelanggaran seperti ini’.

“Oleh itu, lebih baik anda menonton gusti jika anda menyukai perkara seperti itu,” ujarnya

Pada perlawanan tersebut, Diogo Jota menjaringkan gol pertama Liverpool pada babak pertama sebelum Sadio Mane menggandakan kedudukan tuan rumah mengatasi Burnley pada babak kedua.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: