WEST Ham United meneruskan permulaan sempurna musim ini apabila mengatasi Leicester City, 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris 2021/22 di Stadium London, awal pagi tadi.
Skuad kendalian David Moyes mendahului menerusi gol babak pertama Pablo Fornals (m-26) dan Said Benrahma menjaringkan gol kedua pada separuh masa kedua (m-56).
Youri Tielemans kembali merapatkan jaringan buat Leicester pada minit ke-69 sebelum Michail Antonio meledak dua gol (m-80,m-84) membantu kemenangan mutlak, 4-1.
Pada perlawanan tersebut juga, Leicester City beraksi dengan 10 pemain selepas Ayoze Perez dibuang padang kerana terjahan keras terhadap Fornals sebelum tamat babak pertama.









Add Comment