
PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City dilihat semakin terdesak mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane apabila menawarkan Bernardo Silva bersama 12o juta pound sebagai urusan perpindahan.
Namun seandainya perkara ini dipersetujui Silva bagaimanapun enggan menyertai Spurs dan lebih berminat bermain di La Liga dan Atletico Madrid serta Barcelona dikatakan sebagai kelab yang paling berpotensi untuk mendapatkan tandatangan Bernardo.
Pemain tengah menyerang kelahiran Portugal itu dikaitkan dengan pemergian dari Etihad musim panas ini setelah City menandatangani Jack Grealish.
Bernardo Silva telah bermain untuk Manchester City sejak musim 2017 dan telah membuat lebih dari 200 penampilan, menyumbang 35 gol dan 44 hantaran.
Pada musim 2020/2021, Bernardo beraksi 45 kali untuk Manchester City di semua pertandingan namun, dia hanya bermain dalam 26 perlawanan Liga Perdana.
Untuk musim ini, Bernardo Silva hanya bermain selama 16 minit sebagai pengganti kekalahan kepada Leicester City di Community Shield.
Selepas itu, Bernardo tidak terlibat dalam pertandingan pembukaan Man City di Liga Perdana Inggeris ketika Tottenham tertunduk 0-1.
Add Comment