EPL

Anfield riuh selepas 17 bulan, Klopp lega catat kemenangan kedua


Klopp lega dengan kemenangan di laman sendiri.

LIVERPOOL mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menundukkan Burnley 2-0 di Anfield.

Dua gol hasil jaringan Diogo Jota dan Sadio Mane cukup untuk menewaskan anak buah Sean Dyche sekaligus aksi ‘membalas dendam’ selepas Burnley menamatkan rekod 68 tanpa tewas Liverpool di laman sendiri Januari lalu.

Jaringan Mohamed Salah minit ke-27 dibatalkan selepas VAR menunjukkan dia berada dalam keadaan ofsaid.

Jaringan Salah dibatalkan kerana berada dalam posisi ofsaid.

Bagi Jurgen Klopp kemenangan ini amat penting selepas mencatat 3-0 ketika aksi pembukaan kempen minggu lalu ke atas Norwich untuk menguasai kedudukan teratas liga.

Sementara itu, Virgil van Dijk kembali dengan gaya lamanya, menguasai kubu penyerang-penyerang Burnley pada babak kedua permainan.

Mane meledak gol kedua The Reds.

Lebih menarik, kehadiran 54,000 penonton ke stadium selepas 17 bulan sunyi sepi dengan sorakan sekaligus memberi aura luar biasa buat The Reds.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading