EPL

Jota milik magis ledak gol


Jota telah merakam dua gol selepas dua perlawanan yang berlangsung.

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson menganggap Diogo Jota mempunyai daya peledak yang berbisa apabila berada dalam kotak penalti yang disudahkan dengan jaringan gol.

Henderson yang diturunkan selaku kesebelasan utama bersama Jota malam tadi melihat peranan dimainkan bekas penyerang Wolverhampton Wanderers itu banyak memberi ruang buat rakan sepasukan yang lain menjaringkan gol.

“Dia memiliki sentuhan ajaib. Di dalam dan di sekitar kotak dia begitu bijak dalam membuat gerakan yang tepat.

“Bila berada di depan gawang, dia biasanya menjaringkan gol. Dia sangat cemerlang sejak dia kembali cergas sepenuhnya,”  kata Henderson dipetik BT Sport.

Pada aksi di Anfield menentang Burnley malam tadi, Jota membuka jaringan pada minit ke-18 diikuti jaringan Sadio Mane pada minit ke-69 untuk memberikan kemenangan tanpa bolos kedua buat skuad kendalian Jurgen Klopp.

Jota turut membuka jaringan ketika kemenangan 3-0 ke atas Norwich City Ahad lalu, yang turut menyaksikan Mohamed Salah dan Roberto Firmino menemui sasaran.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: