
GABRIEL Jesus tidak selalu menjadi pilihan pertama Manchester City tetapi selalu ada ketika City memerlukan gol atau aksi di atas padang.
Bagi pengendali Man City, Pep Guardiola tiga hantaran dijelmakan Jesus yang membawa kemenangan besar pasukan, 5-0 ke atas Norwich City malam tadi membuktikan segala-galanya.
“Sekiranya ada satu orang yang patut dihormati dia adalah Gabriel Jesus kerana dia tidak pernah mengeluh.
“Dia boleh bermain sebagai penyerang, dia boleh bermain di sebelah kiri, di sebelah kanan – setiap kali pasukan memerlukannya.
“Hanya memerlukan 10 minit untuk menunjukkan apa yang dia mampu. Dia hebat dan kita semua harus belajar darinya. Saya sangat gembira kerana dia dinobatkan sebagai pemain terbaik permainan pada perlawanan ini,” katanya yang dipetik BBC Sport.
Sejak ditandatangani dari Palmeiras pada 2016, Jesus bersaing dengan Sergio Aguero, yang merupakan penyerang utama City dan dia telah menjaringkan 23 gol pada musim 2019/2020, termasuk 14 gol di Liga Perdana.





Add Comment