
PEMAIN tengah Manchester United, Paul Pogba terus mendiamkan diri sama ada ingin terus kekal bersama pasukan atau pun mencari angin baharu selepas kontraknya tamat pada musim panas 2022.
Sehingga kini pemain antarabangsa Perancis itu masih belum memberikan kata putus mengenai kedudukannya dan jika ia berlarutan sehingga kontraknya habis, pemain berusia 28 tahun ini akan meninggalkan Man United secara percuma.
Difahamkan kelab telah memberikan kontrak baru sehingga 2025 dengan tambahan setahun selain kenaikkan gaji.
Ketika ini PSG dan Real Madrid antara beberapa kelab yang terus memantau Pogba yang mempamerkan aksi cemerlang membantu kemenangan pasukan 5-1 ke atas Leeds United, Sabtu lalu.











Add Comment