
PENERJUN sensasi muda China Quan Hongchan terus menjadi tumpuan pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai ‘the nation’s little sister’.
Hongchan,14, menjadi tumpuan dunia selepas aksi luar biasa di Tokyo 2020 baru-baru ini dengan meraih emas selepas mendapat markah ‘Perfect 10’ acara 10 meter platform wanita.
Namun kini netizen mahu melihat dua adik penerjun ini, Quan Hangtao,12, dan Quan Jinpeng,10 tahun mengikut jejak langkah Hongchan.
Kedua-dua adiknya ini turut berada di Sekolah Sukan Zhanjiang, tempat Hongchan berlatih sejak usia tujuh tahun.

Sekolah tersebut dikenali ‘the cradle of diving champion’ yang telah melahirkan ramai bintang terjun dunia termasuk Lao Lishi dan penerjun emas lelaki Olimpik Beijing 2008 He Chong.
Media China melaporkan Hangtao mula berlatih pada usia sembilan tahun dan adik lelaki Jinpeng pada usia tujuh tahun.
Ramai yang berharap tiga beradik ini akan bersama di pentas Olimpik Paris dalam tempoh tiga tahun lagi.
Add Comment