Antarabangsa

Legenda Jerman, Bayern Munich Gerd Muller meninggal dunia


LEGENDA bola sepak Jerman dan Bayern Munich Gerd Muller meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Sepanjang kariernya, Muller memenangi Kejuaran Eropah pada tahun 1972, Piala Dunia 1974, Kelab Piala Dunia, tiga trofi Piala Eropah, juara Bundesliga (empat kali) serta Piala-Piala Jerman.

Malah Muller yang digelar ‘Der Bomber’ ini turut merangkul anugerah Ballon d’Or pada tahun 1970.

 

Mendiang merakam 365 gol di Bundesliga dan masih mengekalkan rekodnya di Jerman.

Manakala rekod gol tertinggi dalam satu musim iaitu 40 gol telah diatasi oleh Robert Lewandowski musim lalu.

“Berita kematian Gerd Muller ini memberi kesan kepada semua. Dia salah seorang legenda terhebat dalam sejarah Bayern Munich dan bola sepak Jerman,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Oliver Kahn dalam satu kenyataan.

Pada tahun 2015, Muller didianogsis mengalami Alzheimer dan dijaga isterinya Uschi dan anak perempuannya Nicole.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: