Antarabangsa

Ramos ajak Messi tinggal bersama


Messi sah bergelar pemain PSG.

DULU seteru, kini Sergio Ramos dan Lionel Messi menyarung jersi sama di Paris Saint-Germain (PSG).

Bekas pemain Real Madrid Ramos memulakan ‘kedamaian’ dengan Messi apabila menawarkan tempat tinggal untuk bekas pemain Barcelona dan keluarganya sebaik sahaja tiba di Paris.

Seperti diketahui kedua-dua bekas kapten Ramos dan Messi mempunyai hubungan yang agak tegang setiap kali Real Madri-Barcelona bersua, namun kini situasi itu bakal berubah bersama PSG.

Ramos memberitahu, Messi dan keluarganya boleh berpindah ke rumahnya jika bosan atau penat tinggal di hotel.

Ramos (kanan) dan Messi masing-masing ‘panas’ ketika beraksi dengan Real Madrid dan Barca sebelum ini.

Messi kini tinggal sementara di Hotel Le Royal Monceau sebaik shaaja tiba di Paris Selasa lalu sementara menemui kediaman yang sesuai untuk berpindah.

Malah hotel ini sudah menjadi ‘rumah’ sementara bagi pemain-pemain baharu yang tiba di kelab ini.

Malah Ramos sebelum ini jug turut tinggal di hotel itu sebelum berpindah ke kawasan elit di Neuilly-sur-Seine berdekatan dengan kediaman Angel Di Maria dan Marquinhos.

Ramos berpindah ke PSG Julai lalu selepas kontraknya selama 16 tahun di Real Madrid tidak disambung lagi.

Begitu juga Messi yang terpaksa mencari haluan baharu selepas 21 tahun bersama Barca.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: