Antarabangsa

‘Chapter’ baharu Messi bersama PSG


LIONEL Messi berkongsi perasaannya sebaik sahaja bergelar pemain Paris Saint-Germain (PSG) secara rasmi.

Bintang Argentina itu tiba di Paris pada Selasa, disambut meriah oleh penyokong-penyokongnya dan bekas penyerang berbisa Barcelona ini akan menyarung jersi bernombor 30.

“Saya teruja untuk memulakan ‘chapter’ baharu dalam karier di Paris Saint-Germain. Semua yang berkaitan dengan perlawanan kelab adalah cita-cita bola sepak saya.

 

“Saya tahu bagaimana skuad dan barisan jurulatih di sini. Saya bersedia untuk membantu membina sesuatu yang istimewa bersama kelab dan semua penyokong, malah sudah bersedia untuk ke padang di Parc des Prince.”

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSG, Nasser Al-Khelaifi berkata: “Saya sangat gembira Lionel Messi memilih menyertai Paris Saint-Germain dan kami dengan bangganya mengalu-alukan dia dan dan keluarganya di Paris.

“Dia tidak berselindung menunjukkan semangat untuk meneruskan aksi di tahap tertinggi dan memenangi trofi dan semula jadinya cita-cita kelab adalah sama.

“Diketuai dengan jurulatih dan staf yang luar biasa, saya bersedia melihat pasukan membuat sejarah berama untuk semua penyokong di seluruh dunia.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: