Antarabangsa

Messi sekeluarga tiba di Paris, gaji RM5.9 juta seminggu


LIONEL Messi akhirnya tiba di Paris bersama isteri dan anak-anak dan menjalani ujian kesihatan bersama kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang Argentina itu akan menandatangani kontrak satu juta paun seminggu (RM5.9 juta) selama dua tahun selepas meninggalkan Barcelona.

Pemain berusia 34 tahun itu dirakam berada di Lapangan Terbang Barcelona bersama isterinya Antonella dan tiga orang anaknya Thiago, Mateo dan Ciro awal pagi Selasa.

Antonella,33, turut memuatanaik gambar mereka berada dalam pesawat peribadi sebelum terbang ke Perancis.

Messi yang memakai baju-T bertulis ‘Ici c’est Paris’ (This is Paris) tiba di Lapangan Terbang Paris -Le Bourget pada tengah hari turut dirakam sedang melambai-lambai tangannya ke arah peminat-peminat yang sudah sedia menunggu ketibaan sejak awal lagi.

PSG selepas itu berkongsi teaser clip berkaitan pemenang anugerah Ballon d’Or enam kali itu termasuk Eiffel Tower, bilik persalinannya yang memaparkan ruang kosong di tengah di antara Neymar dan Kylian Mbappe di laman Twitter rasmi kelab.

 

Gaji tahunan Messi dianggarkan 53 paun setahun (RM310 juta), dan dia pastinya berdepan dengan cukai yang tinggi di Perancis sebanyak 45 peratus  sekaligus menyaksikan pemain ini membawa balik gaji mingguan sebanyak 550,000 paun.

Messi meninggalkan Barcelona selepas kontraknya tamat, biar pun sebelum ini perbincangan tawaran kontrak baharu telah mencapai persetujuan kedua-dua pihak.

Namun Khamis lalu Barca mengumumkan tidak akan menyambung kontrak baharu Messi berdasarkan kekangan kewangan dan juga berdasarkan peraturan La Liga. –Dailymail


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading