Antarabangsa

Penyokong PSG setia tunggu Messi


Ratusan penyokong PSG menunggu Messi di luar stadium.

RATUSAN peminat Lionel Messi setia menanti pemain bintang itu di perkarangan stadium Paris Saint-Germain (PSG) dan di Lapangan Terbang Le Lourget, namun hampa.

Bintang Argentina itu dilaporkan masih berada di rumahnya di Barcelona biarpun dikhabarkan akan menyertai PSG selepas 21 tahun bersama Barca berikutan kontraknya berakhir.

Sebelum ini pemain berusia 34 tahun itu telah bersetuju untuk terus bersama Barca dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus dan kontrak baharu selama lima tahun, namun terpaksa dilupakan selepas kelab berdepan dengan kekangan kewangan dan peraturan La Liga.

Bagaimanapun pada Isnin, ketika mengadakan sidang media, Messi tidak mengesahkan dia akan menyertai kelab gergasi liga Perancis itu, namun laporan L’Equipe memberitahu pemain itu sudah membuat temujanji untuk pemeriksaan kesihatan di Paris dan berbincang syarat-syarat terakhir.

Sekiranya laporan berpindah ke PSG ini menjadi kenyataan, Messi bakal kembali bersama dengan bekas rakan di Barcelona iaitu Neymar serta bergandingan bersama penyerang sensasi Perancis Kylian Mbappe.

“Tiada apa yang boleh saya katakan. Apa yang jelas, saya sudah melakukan semuanya (untuk kekal), namun Joan Laporta (presiden kelab) memberitahu dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana La Liga.

Messi tidak dapat menahan air matanya ketika majlis perpisahan bersama rakan sepasukannya. Foto: Getty Images

“Banyak yang didengari mengenai diri saya yang saya tidak mahu menyambung, tetapi sebahagian diri saya, kami telah melakukan segalanya kerana saya mahu berada di sini (Barcelona),” ujar Messi ketika mengadakan majlis perpisahan bersama rakan-rakan sepasukannya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading