Antarabangsa

Kecederaan Robertson jejaskan persiapan Liverpool


Robertson mengalami kecederaan dipenghujung babak pertama.

MENJELANG saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 yang bermula Sabtu ini, Liverpool terus dihantui krisis kecederaan pemain pertahanan apabila tonggak utamanya Andy Robertson terpaksa dikeluarkan ketika aksi persahabatan menentang Ahtletic Bilbao, malam tadi.

Pemain 27 tahun Scotland itu terseliuh buku lali dipenghujung babak pertama ketika cuba menghalang hantaran lintang dan dia digantikan dengan pemain muda Owen Beck.

Liverpool akan memulakan kempen Liga Perdana Inggeris di Norwich City pada Sabtu.

Musim lalu Virgil van Dijk dan Joe Gomez tidak dapat meneruskan ekoran kecederaan dan Joel Matip masih bergelut dengan kecergasa dan pastinya kecederaan Anderson pasti merisaukan pengendali, Jurgen Klopp

Pada aksi malam tadi, The Reds mengakhiri permainan dengan keputusan 1-1 hasil jaringan Diogo Jota manakala Alejandro Berenguer Remiro menyamakan gol pada babak kedua.

Bagi musim ini Klopp memperkuatkan bentengnya dengan menandatangani pemain muda Perancis Ibrahima Konate namun bekas  bintang RB Leipzig itu tidak diturunkan malam tadi.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: