Antarabangsa Bola Sepak

Leicester City rangkul gelaran Perisai Komuniti


JARINGAN penalti lewat permainan yang disempurnakan Kelechi Iheancho memberikan Leicester City kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti.

Pada perlawanan tersebut, Riyad Mahrez yang merupakan bekas pemain Leicester City melakukan beberapa ancaman bahaya namun gagal untuk mnyempurnakannya.

Walaupun mempamerkan aksi menyerang kedua-dua pasukan masih gagal memecah kebuntuan jaringan selepas Nathan Ake mengasari Iheancho.

Iheanacho yang ditugaskan mengambil sepakan tersebut tidak berdepan masalah menjaringkan gol menjaringkan penalti dalam aksi 90 minit.

Pada perlawanan tersebut juga, Manchester City menurunkan pemain yang baru dibawa masuk, Jack Grealish selepas mencatat rekod perpindahan tertinggi British pada 100 juta pound (RM585.3 juta) dari Aston Villa.

Grealish masuk menggantikan Sam Edozie pada minit ke-65 dan tampil bertenaga.

Kekalahan ini membuktikan bahawa Manchester City benar benar memerlukan penyerang seperti Harry Kane dalam pasukan mereka dengan jendela perpindahan masih dibuka.

Leicester memenangi Perisai Komuniti yang pertama dalam sejarah kelab mereka sejak 1968.  Mereka juga menamatkan rekod tanpa kemenangan dalam 12 perlawanan menentang City.


Add Comment

Click here to post a comment