Antarabangsa

Arteta akui sedih perpindahan Messi


Mikel Arteta. Foto: Getty Images

BOS Arsenal Mikel Arteta berkongsi pandangan mengenai perpindaha sensasi dalam sejarah apabila ikon Argentina yang terpaksa meninggalkan Barcelona.

Arteta mengakui kecewa dengan situasi yang berpanjangan di Barca sehingga menyebabkan Lionel Messi berpindah ke Paris Saint-Germain (PSG).

Pemenang Ballon d’Or enam kali itu dipaksa meninggalkan Barcelona selepas 21 tahun di Nou Camp selepas kelab Catalan itu tidak mampu menanggungnya lagi berikutan peraturan kewangan La Lga ‘fair play’ dan pengurusan kelab.

Messi dengan berat hati meninggalkan kelab ketika majlis perpisahan sebelum ini yang turut menyaksikan dia menangis kesedihan.

“Dia merupakan pemain terbaik di planet ini. Dia dibesarkan di Barcelona, dan sudah ‘similar’ dengan tempat dia dibesarkan.

“Dengan cara melepaskan dia pergi… ia amat menyedihkan. Tetapi ia melibatkan krisis kewangan. Biar pun sediah mereka perlu melakukannya untuk menyelamatkan kelab,” jelas jurulatih kelahiran Sepanyol ini.

Arteta juga mengakui ketibaan Messi di Paris menjadi satu fenomena baharu.

“Teruja dan perhatian. Jelas sekali anda lihat semua di paris sangat teruja. Pasukan yang mereka bina sangat luar biasa.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading