Hoki

Skuad hoki negara automatik layak ke Piala Dunia Remaja 2021


PASUKAN hoki muda negara layak ke Piala Dunia Hoki Remaja 2021 selepas kejohanan kelayakan di Dhaka, Bangladesh dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Dengan situasi yang tidak menentu di Dhaka  menyaksikan Piala Remaja Asia ditunda sebanyak tiga kali.

Berikutan itu, ia memaksa Persekutuan Hoki Asia (AFH) mengeluarkan sistem kelayakan yang menyaksikan skuad muda negara berada di ranking ketiga terbaik Asia sekali gus mengesahkan tempat ke Guwahati, India, November depan.

Ranking terbaharu yang dikeluarkan itu menyaksikan India berada di tangga teratas, diikuti Pakistan, Malaysia dan Korea.

Ia bermakna, Malaysia layak secara automatik.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading