Hoki

‘Speedy Tigers’ dijangka dapat lampu hijau jalani latihan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Arul mengharapkan beberapa kelonggaran diumumkan Kerajaan memberi sinar buat pasukan kembali berlatih bagi menyiapkan pasukan menghadapi kejohanan akan datang.

SKUAD hoki lelaki negara kini hanya menunggu kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyambung semula sesi latihan di Stadium Hoki Nasional dalam masa terdekat.

Ketua jurulatihnya, A. Arul Selvaraj berkata pihaknya tidak sabar menunggu keputusan positif hasil perjumpaan Majlis Sukan Negara (MSN) dan MKN berhubung kebenaran memulakan semula latihan.

“Besar harapan skuad hoki negara dapat kembali berlatih menggunakan stadium itu pada minggu hadapan, namun segala keputusan terletak kepada mereka (MKN dan MSN) setelah perbincangan dibuat baru-baru ini.

“Mengambil kira beberapa kelonggaran telah diberikan oleh kerajaan untuk aktivitii sukan dan rekreasi, ia memberi sinar buat pasukan ini untuk kembali berlatih bagi menyiapkan pasukan menghadapi kejohanan akan datang,” katanya kepada ketika dihubungi Bernama hari ini.

Arul berkata kali terakhir stadium keramat skuad ‘Speedy Tigers’ itu digunakan adalah pada April lalu, ketika aksi persahabatan tiga penjuru melibatkan Great Britain dan Jepun, sebelum segala latihan diubah kepada kaedah dalam talian berikutan peningkatan kes COVID-19.

Arul berkata skuad kendaliannya pada masa sama masih menunggu sebarang pemakluman berhubung penyertaan kejohanan pemanas badan tahun ini, iaitu Piala Juara-Juara Asia di Dhaka, Bangladesh, yang sebelum ini ditunda ke November.

“Kita juga masih menunggu berhubung penyertaan di pusingan Piala Asia 2021 yang sebelum ini ditunda,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: