
JASON Kenny kini menjadi atlet Britain pertama yang mengumpul tujuh pingat emas Sukan Olimpik selepas melakar kemenangan dalam acara keirin di Stadium Izu pada Ahad.
Awal minggu ini Kenny dikritik selepas mempamerkan aksi kurang memuaskan, namun dia bangkit pada aksi final meninggalkan 0.763 saat daripada pelumba Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang.
Ia sekaligus menyaksikan Kenny,33, kini mengumpul sembilan medal Sukan Olimpik keseluruhannya termasuk pingat perak acara pecut berpasukan pada Selasa lalu bersama Jack Carlin dan Ryan Owens.
“Tujuh pingat emas yang semamangnya sangat istimewa. Apabila kamu melihat salah satu daripadanya, ia kelihatan amat mudah. Dan selepas itu, anda akan cuba mendapatkan lagi dan akan ingat sebenarnya ia sangat sukar.
“Amat mudah untuk melupakan kerja keras untuk sampai ke tahap ini. Saya kecewa minggu ini apabila tidak memberikan saingan seperti yang saya mahukan. Tetapi dalam keirins anda boleh berlumba dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada sedikit tuah…,” jelasnya.

Dalam pada itu, nasib isterinya yang juga pelumba basikal Laura Kenny tidak begitu baik apabila terlibat dalam kemalangan dalam aksi akhir yang menyaksikan dia tamat di kedudukan keenam.
Add Comment