
Oleh: SURYATI MOHD NOR
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Berjaya Corporation Berhad, Jalil Rasheed dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Kelab KV Kortrijk yang baharu.
Perlantikan tersebut diumumkan secara rasmi oleh kelab Divisyen 1 Belgium itu pada Jumaat dalm satu kenyataan di laman web rasmi kelab.
Jalil,39, memiliki lebih 18 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan serta perniagaan di beberapa buah negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia.
Thank you @kvkofficieel for the appointment to the Board of Directors. Looking forward to meeting everybody in person soon. Will be cheering on. https://t.co/BlnQ5OTSHd
— Jalil Rasheed (@jalilword) August 6, 2021
Pada 15 Julai lalu, Jalil juga turut dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Cardiff City.
Kedua-dua kelab terkenal ini dimiliki jutawan terkemuka tanah air Tan Sri Vincent Tan yang juga pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Corporation Berhad.
Penglibatan Jalil dalam dunia bola sepak bukan lagi asing memandangkan dia juga adalah antara sembilan individu yang dipilih menganggotai Presidential Task Force (PTF) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Apa yang menarik, perlantikan ini diharap dapat memberi lebih banyak peluang kepada pemain-pemain bola sepak berbakat tempatan untuk mencuba nasib di kedua-dua kelab ini.

Salah seorang pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kini semakin mendapat perhatian di KV Kortrijk sejak menyertai kelab ini dengan kontrak selama lima tahun sejak Ogos 2020.
Sebagai rekod, KV Kortrijk kini mendahului kedudukan liga utama Belgium dengan dua kemenangan selepas tirai musim baharu dibuka 25 Julai lalu.
Add Comment