Bola Sepak

Suk Won dan Kumaahran kembali perkuat MUFC


Zainal mahu pemainnya tidak mengulangi kesilapan mudah hingga gol terhasil pada awal permainan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA Jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan yakin kembalinya semula pemain pertahanan, Jang Suk Won dan sayap lincah, S Kumaahran akan memberikan impak positif buat pasukan menjelang aksi menentang Penang FC, di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, malam ini.

Suk Won yang menjaringkan gol pada minit kecederaan ketika seri 1-1 menentang KL City FC dan tidak diturunkan ketika berdepan JDT ekoran penggantungan satu perlawanan.

Jelas Zainal,  pemainnya akan bangkit memperagakan aksi lebih menyakinkan untuk meraih tiga mata penuh ditempat lawan.

“Kami akan bangkit, kehadiran semula pemain yang digantung perlawanan serta beberapa tonggak utama yang bebas dari kecederaan akan memperkuatkan pasukan menentang Penang FC.

“Pemain telah diingatkan agar tidak melakukan kesilapan awal yang menyebabkan mereka terpaksa bertungkus lumus mendapatkan gol.

“Beberapa perlawanan sebelum ini kita melepaskan gol mudah hasil kesilapan pemain sendiri dan ia perlu diperbaiki,” ujarnya.

Kehadiran semula pemain sayap lincah, S Kumaahran diyakini mampu membantu Melaka United membawa pulang tiga mata.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading