Bola Sepak

Cabaran besar menanti Sabah FC di Iskandar Puteri


Ivancic (kiri) tidak dapat beraksi menentang JDT malam esok ekoran kecederaan dialaminya.

SABAH FC berdepan cabaran besar selepas dua pemain importnya, Park Taesu  dan Josip Ivancic tidak dapat beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata pemain tengah import dari Korea, Park Taesu serta penyerang Croatia, Josip Ivancic disahkan masih berada dalam senarai kecederaan.

Katanya JDT merupakan satu pasukan unggul dengan serba serbi lengkap tentunya memberi cabaran yang tersendiri untuk skuad ‘The Rhinos’.

“Kita tahu JDT pasukan yang kuat. Pada aksi di Likas kita ditewaskan 1-4. Kemudian pasukan juga belum dapat diperkuat sepenuhnya.

“Jadi kami harus menggunakan sebaik mungkin tenaga pemain sedia ada dengan jadual perlawanan yang sangat padat ini. Tentunya kita harus berfikir bagaimanakah penggiliran permain dan taktikal yang akan digunakan untuk menghadapi JDT malam esok,” katanya.

Taesu antara pemain utama Sabah FC yang masih dibelenggu kecederaan.

Kurniawan berkata paling penting pemain diturunkan nanti adalah yang mempunyai tahap kecergasan 100 peratus serta fokus kepada perlawanan yang dianggap sangat berat.

Sabah FC memang masih memerlukan Levy Madinda berikutan dia merupakan seorang pemain yang kuat dengan bola.

“Dia (Levy) bisa control game atau di midfield area kemudian bola dengan dia juga tidak cepat hilang dan yang paling penting adalah vision dan killer pass dia saat attack,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: