
KELAB Bola Sepak Cardiff City mengumumkan perlantikan Jalil Rasheed sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
Jalil yang kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Berjaya Corporation bakal membantu kelab dalam perancangan dan membuat keputusan strategik dan bekerja rapat dengan Sri Vincent Tan (pemilik), Mehmet Dalman (pengerusi) dan Pengarah Eksekutif & CEO, Ken Choo.
Thank you to @CardiffCityFC for the trust in appointing me to the Board of Directors. Privileged & honoured to be involved in a sport I truly love. Gutted I cannot be there due to travel restriction, but will be cheering on from afar. https://t.co/sj42b5V9O3
— Jalil Rasheed (@jalilword) July 15, 2021
“Kami yakin penyokong-penyokong City akan bersama ahli lembaga untuk mengalu-alukan Jalil dalam peranannya dan bersedia untuk berjaya bersama di masa depan,” jelas satu kenyataan kelab.
Sementara itu, penglibatan Jalil dalam dunia bola sepak bukan lagi asing memandangkan dia juga adalah antara sembilan individu yang dipilih menganggotai Presidential Task Force (PTF) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).







[…] Pada 15 Julai lalu, Jalil juga turut dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Cardiff City. […]