Olimpik 2020

Skuad hoki India tamatkan kemarau 41 tahun pingat di Olimpik


Pasukan India menewaskan Jerman dalam aksi perebutan pingat gangsa pada Khamis.

PASUKAN hoki lelaki India menamatkan kemarau 41 tahun pingat Sukan Olimpik selepas menewaskan Jerman 5-4 di Stadium Hoki Oi pada Khamis.

Kemenangan itu sekaligus menyaksikan India merangkul pingat gangsa, manakala Jerman ternyata kecewa berada di kedudukan keempat pertama kali dalam sejarah tidak meraih pingat di Olimpik selepas 2000.

Jerman menguasai perlawanan seawal dua minit permainan, namun India bangkit pada suku kedua menerusi jaringan Simranjeet Singh sebelum lawan Niklas Wellen menambah satu lagi jaringan.

 

Bagaimanapun pada suku ketiga India semakin garang dengan menambah jaringan menerusi Rupinder Pal Singh dan juga Simranjeet menjadikan keputusan 5-3.

Lukas Windfeder menambah satu lagi jaringan pada suku keempat permainan namun gagal menyamakan kedudukan sebelum masa permainan berakhir yang menyaksikan India kekal dengan keputusan 5-4.

Sementara itu, perlawanan akhir perebutan pingat emas bakal berlangsung di antara Australia dan Belgium.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading