Olimpik 2020

Kesilapan terjunan pertama ranapkan impian Pandelela


SAINGAN terlalu sengit yang dilalui ratu terjun negara, Pandelela Rinong menyaksikan dia menamatkan aksi final di kedudukan ke-12 dalam acara 10 meter platform individu wanita pada Khamis.

Kesilapan pada terjunan pertama yang hanya mencatat 18 mata menjadikan Pandelela ketinggalan untuk mengutip mata pada terjunan yang seterusnya.

Penerjun kelahiran Sarawak berusia 28 tahun ini mengumpul 245.85 keseluruhan dalam lima terjunan dan berada di kedudukan terakhir di tangga ke-12.

 

Seperti diduga, penerjun muda China berusia 14 tahun Quan Hongchan mempamerkan terjunan sempurna dalam lima terjunan yang menyaksikan dia mengumpul 466.20 untuk pingat emas.

Manakala rakan senegarannya Chen Yuxi pingat gangsa (425.40) dan atlet terjun dari Australia Melissa Wu meraih gangsa (372.40).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading