
CABARAN pelumba negara dalam acara pecut berbasikal trek berakhir apabila Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal melayakkan diri ke pertingkat suku akhir di Olimpik Tokyo pada Khamis.
Kedua-dua pelumba ini juga tewas dalam perlumbaan Repechages 1/8 dalam saringan masing-masing, pada acara yang berlangsung di Veledrom Izu.
Juara bertahan dari Great Britain Jason Kenny, dengan kayuhan lebih bertenaga mencatatkan 10.066 saat (s) dan meninggalkan Azizulhasni di tempat kedua dan pelumba tuan rumah Yuta Wakimoto ketiga pada Saringan Satu perlumbaan Repechages 1/8.
Hard Luck @AzizulAWANG & @shahfirdaus95
Comeback Stronger #DemiMalaysia #Keirin pic.twitter.com/iXJQmLARP1
— MSN MALAYSIA (@MSNMALAYSIA) August 5, 2021
Pada perlumbaan Saringan Dua, Muhammad Shah Firdaus menamatkan perlumbaan hari ini di tempat ketiga, di belakang pelumba Perancis Sebastien Vigier yang memenangi perlumbaan dengan catatan 10.169s, manakala Sam Webster dari New Sealand di tempat kedua.
Pemenang setiap saringan layak ke suku akhir.
Sementara itu dua pelumba Belanda Jeffrey Hoogland dan Harrie Lavreysen masing-masing memenangi perlumbaan ketika bertemu Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus pada perlumbaan Pusingan Ketiga 1/8.

Hoogland yang memecahkan rekod Olimpik dengan masa 9.215 saat dalam pusingan kelayakan pada Rabu (4 Ogos), memenangi perlumbaan dengan mencatatkan masa 9.831s iaitu 0.040s lebih pantas daripada Azizulhasni pada perlumbaan saringan Saringan Satu.
Azizulhasni dan Shah Firdaus akan meneruskan perjuangan mereka di Olimpik Tokyo dalam acara keirin lelaki yang akan berlangsung pada Sabtu ini (7 Ogos).






Add Comment