Olimpik 2020

Segelintir atlet Australia buat hal!


Bilik penginapan atlet di Perkampungan Atlet.

SEGELINTIR atlet Australia dilaporkan bertindak ‘nakal’ dengan tindakan merosakkan kemudahan di bilik Perkampungan Atlet.

Media sosial China pada Rabu menjadi tumpuan selepas berkongsi mengenai segelintir atlet negara Kanggaru itu yang telah merosakkan katil kadbod, mencuri maskot, menebuk dinding bilik dan membuat huru-hara ketika penerbangan pulang ke Australia.

Bagaimana pun Ketua Kontinjen Australia (CDM) Ian Chesterman memberitahu tidak ada tindakan disiplin yang akan dikenakan selepas membuat permohonan maaf berikutan kerosakan kemudahan dalam bilik atlet.

Rata-rata netizen menyelar tindakan atlet-atlet Australia itu yang menganggap memalukan negara.

“Ia bukan sahaja menunjukkan sikap atlet itu sendiri, sebaliknya kepada negara itu juga,” tulis salah seorang pengguna Sina Weibo.

Malah ada juga yang meminta mereka untuk membuat ganti rugi terhadap kerosakan yang berlaku.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading