RATU terjun negara, Pandelela Rinong mara ke final dalam acara 10 meter platform individu wanita yang bakal berlangsung petang ini (Khamis).
Pandelela,28, mempamerkan aksi terbaik ketika pusingan separuh akhir yang berlangsung pada pagi Khamis dengan mengumpul 315.75 selepas lima terjunan untuk berada di kedudukan ketujuh.
Aksi konsisten Pandelela dipamerkan sepanjang aksi ini, lebih-lebih lagi berjaya mencatat markah terbaik dalam terjunan ketiga dengan mengutip 68.80.
Seramai 18 atlet yang layak beraksi dalam saingan separuh akhir ini dan 12 penerjun terbaik layak beraksi di pusingan akhir pukul 2 petang ini.
Add Comment