Bola Sepak

Majlis Undian Rasmi Piala Suzuki AFF 2020 ditangguh


MAJLIS Undian Rasmi Piala Suzuki AFF 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos ini di Singapura telah ditunda ke satu tarikh baharu.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah mengesahkan penundaan Majis Undian Rasmi kejohanan ini pada Khamis.

Majlis tersebut diumumkan sebelum Singapura mengenakan Langkah Ketat Tahap 2 (Heightened Alert) berikutan penularan pandemik Covid-19.

Sebagai penganjur, AFF bertanggungjawab memutuskan tarikh baharu Majlis Undian Piala Suzuki selepas mengambil kira negara tersebut telah meningkatkan sekatan keselamatan.

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth berkata, Singapura telah melakukan tugas yang sangat baik dalam menguruskan wabak yang kini sedang berlaku.

“Kami memahami bahawa sekatan itu dibuat untuk menjaga keselamatan rakyat Singapura dan ianya sangat penting. Sejajar dengan ini, kami telah membuat keputusan yang mempertimbangkan untuk menangguhkan Majlis Undian Rasmi ini.

“Kami yakin bahawa langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Singapura, akan memungkinkan untuk mengadakan Majlis Undian dengan pelbagai pihak berkepentingan  selepas ini. 

“Kami akan terus memantau penularan wabak dan mengambil tindakan yang diperlukan demi semua pihak berkepentingan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sementara itu Pengarah Urusan, Asia Tenggara di SPORTFIVE Malcolm Thorpe berkata pihaknya juga memahami dan menyokong keputusan AFF untuk menangguhkan Majlis Undian Rasmi Piala Suzuki AFF ini.

“Bagi AFF dan kami, kesihatan dan keselamatan semua orang yang terlibat dengan acara ini akan sentiasa menjadi keutamaan.”

Piala Suzuki AFF 2020 dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 – 1 Januari 2022.

Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu undian akan diumumkan kemudian.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: