Bola Sepak

Bekas Presiden PFA meninggal dunia


Allahyarham Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie

BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie disahkan meninggal dunia hari ini.

Perkhabaran itu dikongsi dilaman sosial Facebook Hemico HQ yang menyatakan Amizal Shaifit menghembuskan nafas terakhirnya sekali gus mengejutkan ramai pihak berkaitan berita terbabit.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Puncak Alam, jam 3.45 petang tadi namun punca kematian tidak diketahui.

Ahmad Amizal pernah memimpin pasukan Singa Utara selama empat bulan sebelum meletak jawatan.

Namun, pasukan Perlis tidak sempa tberaksi pada 2019 dalam saingan Liga Premier berikutan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membatalkan penyertaan mereka selepas mendapati pasukan berkenaan tidak mempunyai kewangan kukuh termasuk berdepan masalah tunggakan gaji sejak awal musim.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: