Bola Sepak

David perlu jaringkan gol


David (kanan) menjaringkan gol kedua pasukan selepas mendapat hantaran menarik dari Faiz Nasir.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

“PENYERANG perlu menjaringkan gol kerana itu tugasnya,” jelas pengendali Terengganu FC , Nafuzi Zain terhadap David Da Silva yang kembali menemui rentak jaringan selepas sekian lama tidak mencatat nama selaku penjaring buat pasukan.

Jelas Nafuzi, dia mengetahui penyerang importnya itu memiliki kualiti selaku penjaring namun tetap memerlukan bantuan rakan sepasukan.

“Dia boleh menjaringkan gol tetapi tetap perlukan bantuan rakan dari segi hantaran dan kombinasi, saya lihat dia (David) tidak banyak memiliki peluang jaringkan gol, tapi jika dia memilikinya dan tidak menjaringkan gol ia tidak seharusnya berlaku.

“Penyerang perlu jaringkan gol, dia telah mula menemui rentak jaringan gol dan perlu terus berusaha,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan menentang Petaling Jaya City FC dengan keputusan 3-0 memihak Terengganu FC.

Nafuzi tetap mempercayai kualiti peledak yang dimiliki David.

Berdasarkan rekod perlawanan membabitkan aksi David, kali terakhir dia menjaringkan gol sebelum saingan berehat adalah pada 4 Mei 2021 ketika membantu kemenangan pasukan 3-0 mengatasi Uitm FC dilaman sendiri.

Penyerang tinggi lampai itu juga menjaringkan gol pertama dalam Liga Super ketika memastikan  kemenangan tipis 2-1 ke atas Uitm FC di tempat lawan pada 6 Mac lalu.

David turut menjaringkan satu gol ketika pasukan mengatasi Perak FC, 5-0 apabila saingan Liga Super kembali bersambung pada 24 Julai sebelum melaksanakannya sekali lagi pada perlawanan malam tadi.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading