Bola Sepak

Gassama dan Zafuan akhirnya berdamai

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Zafuan (kiri) dan Gassama melupakan persengketaan dan memberikan tumpuan penuh membantu pasukan.

DUA pemain Kelantan United Football Club (KUFC), Gassama Alfusainey dan Zafuan Azeman yang terbabit dalam insiden pergaduhan sesama sendiri pada aksi menentang Perak FC II sebelum ini akhirnya berdamai.

Menerusi kenyataan media pasukan, Gassama memohon maaf kepada pihak kelab, pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL), pegawai, jurulatih dan semua pemain atas tindakannya dalam perlawanan menentang Perak FC II di Stadium Ipoh, Perak.

Katanya, dia mengakui kesilapan kerana gagal mengawal emosi ketika wisel ditamatkan menyaksikan kad merah dilayangkan selepas dia mengasari Zafuan.

Zafuan juga turut melahirkan rasa kesal atas kejadian dan menganggap isu itu selesai selepas mereka berdamai.

Katanya, dia memohon maaf atas kesilapan berkenaan dan akan jadikan insiden sebagai pengajaran.

“Saya tekad akan memberi sepenuh komitmen seterusnya membantu pasukan menamatkan musim ini di kedudukan terbaik liga,” kata Zafuan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: