
Oleh : SUBKHI SUDARJI
TERENGGANU FC bangkit dari aksi kurang menyakinkan sebelum menang bergaya mengatasi Petaling Jaya City FC, 3-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.
Satu gol pada babak pertama yang dijaringkan Dechi Marcel pada minit ke- 13 dan dua gol dipenghujung separuh masa kedua melalui David Da Silva (m -86) dan Rahmat Makasuf (m-90) membezakan kedua-dua pasukan pada perlawanan yang dilihat didominasikan pelawat.
Beraksi ditempat lawan, anak didik Nafuzi Zain mula melancarkan gerakan memburu gol pendahuluan namun usaha mereka hanya berhasil pada minit ke-13 hasil kesilapan pertahanan tuan rumah yang dimanfaatkan sepenuhnya Marcel untuk meledak gol pertama.
Walaupun tuan rumah cuba memberikan saingan khususnya pada separuh masa kedua untuk sekurang-kurangnya menjaringkan gol penyamaan tidak kesampaian apabila Da Silva menjaringkan gol pada minit ke-86.
Gol tersebut nyata mematikan semangat anak didik P Maniam yang kelihatan hilang tumpuan sehinggalah pelawat memperolehi gol ketiga menerusi Rahmat penghujung masa perlawanan sebenar.
Tiga mata dibawa pulang Terengganu FC memastikan mereka mengumpul 34 mata hasil 10 kemenangan, empat seri dan tiga tewas selepas 17 perlawanan untuk berada di tangga kedua liga,
Add Comment