Bola Sepak

Sabah FC terus buntu raih kemenangan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Saddil Ramdani (kanan) cuba melepasi kawalan pemain KL City FC.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SABAH FC terus gagal meraih kemenangan selepas saingan Liga Malaysia kembali bersambung apabila sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 menentang Kuala Lumpur City FC, sebentar tadi.

Terdahulu skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto merekodkan keputusan sama apabila seri 1-1 menentang Terengganu FC, Pahang (2-2) dan tewas 0-1 di tangan Petaling Jaya City FC pada aksi  di Stadium Likas, Kota Kinabalu, 24 Julai lalu.

Pada aksi yang berlangsung dilaman sendiri, pelawat terlebih dahulu berada dihadapan hasil jaringan gol sendiri oleh pertahanan tuan rumah, Randy Baruh pada minit ke-22 dan kedudukan berkenaan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Usaha berterusan The Rhinos pada babak kedua akhirnya membuahkan hasil apabila pemain import yang mengikat kontrak baharu bersama Sabah FC, Levy Clement Madinda menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma untuk menewaskan penjaga gawang KL City FC, Kevin Mendoza pada minit ke-65.

Walaupun kedua-dua pasukan mengatur gerakan memburu gol kedua namun masih buntu menghasilkan gol dan keputusan 1-1- kekal sehingga tamat perlawanan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: