Bola Sepak

Madinda tetap setia bersama Sabah FC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Madinda terus bersama Sabah FC sehingga akhir musim ini.

TEKA-teki sama ada pemain import,  Levy Clement Madinda akan terus bersama “The Rhinos” akhirnya terjawab apabila bersetuju untuk terus kekal dan memilih menyambung kontrak bersama Sabah FC sehingga akhir musim ini.

Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir berkata kontrak Levy sepatutnya berakhir pada 31 Julai lalu namun kemudiannya dipersetujui untuk dilanjutkan sehingga akhir musim ini atau “option” sehingga 1 Mei 2022.

Sebelum ini kontrak Levy tidak dapat dimuktamadkan sama ada disambung atau sebaliknya memandangkan beliau menghadapi masalah keluarga.

“Sudah lapan bulan Levy tidak bersama keluarga serta kebetulan isterinya baru menjalani pembedahan. Inilah menjadi punca utama mengapa beliau mahu memilih pulang untuk bersama-sama isterinya.

“Sebelum ini Levy juga tidak dapat bersama dengan keluarganya sejak bermain di Liga Turki sebelum mengikat kontrak dengan Sabah FC bagi menghadapi saingan Liga Super 2021,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak Levy Clement Madinda di Kota Kinabalu hari ini.

Marzuki berkata ketika ini keadaan isterinya semakin stabil manakala pihak pengurusan juga bersetuju untuk menguruskan agar isteri Levy di bawa ke Sabah dalam tempoh terdekat.

“Kita masih memerlukan khidmatnya. Lagi pun Levy juga sebenarnya masih mahu bermain dengan Sabah FC malah turut bersama-sama pasukan ke Kuala Terengganu tempoh hari,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: