Bola Sepak

Azizulhasni, Shah Firdaus layak ke pusingan pertama 1/32

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mohd Azizulhasni Awang. Foto:MSN

PELUMBA berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom memulakan cabaran mereka di Olimpik Tokyo pada Rabu dengan baik apabila layak ke pusingan pertama 1/32 acara pecut lelaki.

Azizulhasni layak ke pusingan selanjutnya apabila mencatatkan masa 9.626 saat (s) dan menamatkan pusingan kelayakan di tempat ke-17 manakala Muhammad shah Firdaus pula menduduki tempat ke-23 dengan catatan masa 9.700s.

Selepas ini, Azizulhasni bakal berdepan dengan cabaran sengit apabila dia akan berhadapan juara bertahan Jason Kenny dari Great Britain, manakala Shah Firdaus pula akan bertemu Harroe Lavreysen dari Belanda.

Muhammad Shah Firdaus Sahrom

Sementara itu Jeffrey Hoogland mencatatkan rekod baharu Olimpik 9.215 dan sekali gus memecahkan rekod yang dicatatkan Jack Carlin (Great Britain) kira-kira 20 minit sebelum itu.

Jack sebelum ini memecahkan nrekod Olimpik yang dipegang rakan senegara Jason yang mencatatkan masa 9.551s di Rio 2016 pada pusingan kelayakan lima tahun lepas.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: