
PENJAGA gawang Liverpool, Alisson Becker menandatangani sambungan kontrak enam tahun bersama kelab Liga Perdana itu hari ini.
Pemain Brazil itu menaikkan namanya sebagai seorang daripada penjaga gol utama dunia sejak tiba di Anfield dari Roma dengan nilai £66 juta (RM386.99 juta) pada 2018.
Bersama skuad bimbingan Jurgen Klopp, Becker sudah menang Liga Juara-Juara, Liga Perdana dan Piala Dunia Kelab FIFA selain Anugerah Yashin UEFA buat penjaga gol kerana persembahannya pada kempen Eropah Reds 2019.
Alisson ialah penjaga gol pertama dalam sejarah Liverpool menjaringkan gol selepas menanduk masuk gol kemenangan di West Bromwich Albion pada Mei.
Pemain berusia 28 tahun itu kini terikat dengan Liverpool hingga 2027, menjadi pemain ketiga meneruskan masa depan bersama Reds sejak minggu lalu.









Add Comment