Bola Sepak

Yee Fatt direhatkan bimbing Perak FC


Chong Yee Fatt

PENOLONG Ketua Jurulatih Perak FC, Shahril Nizam Khalil sah menggantikan Chong Yee Fatt bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Menerusi kenyataan media  yang dikeluarkan di Facebook (FB) rasmi kelab itu, penggantian itu hanya bersifat sementara tetapi tidak menyatakan tempoh secara terperinci.

“Selepas mempertimbangkan situasi semasa dan mengambil kira cadangan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Perak FC memutuskan agar Yee Fatt direhatkan sementara.

“Dalam tempoh itu, Perak FC membuat keputusan agar jawatan Yee Fatt akan disandang oleh Shahril Nizam yang juga penolong ketua jurulatih,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan media berhubung perlantikan Shahril Nizam selaku pemangku ketua jurulatih Perak FC.

Tambah kenyataan itu lagi, pengalaman luas Shahril Nizam bersama pasukan Perak sejak 2017 diyakini dapat membantu skuad mengharungi baki perlawanan Liga Super musim ini, seterusnya bangkit memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Selepas mengharungi 16 perlawanan musim ini, Perak FC mengutip 13 mata dan sekadar menduduki tangga ke-11 iaitu kedua tercorot daripada 12 pasukan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading