Bola Sepak

Kekalkan semangat dan mentaliti kemenangan – Neitzel


Barisan pemain Selangor FC meraikan kemenangan 4-1 ke atas Penang FC , Sabtu lalu.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel mahu barisan pemainnya mengekalkan semangat dan mentaliti kemenangan pada pertembungan menentang pasukan tercorot liga, Uitm FC malam ini.

Melakar kemenangan 4-1 ke atas Penang FC di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, Sabtu lalu The Red Giants dilihat tidak berdepan masalah untuk meraih tiga mata pada aksi di Stadium MBPJ malam ini.

“Saya bangga dengan semua pemain. Paling penting kami perlukan pasukan yang segar malam ini dengan membawa mentaliti dan semangat yang sama,” katanya.

Tiga mata yang diraih di gelanggang lawan, Sabtu lalu meletakkan Selangor di tangga kelima liga dengan 23 mata dan hanya dua mata di belakang Penang FC yang menghuni kedudukan keempat.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: