Bola Sepak

Ganjaran menanti pemain dan pengurusan MUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BARISAN pemain dan pengurusan Melaka United FC bakal menerima ganjaran seandainya dapat mengekalkan kedudukan dalam saingan Liga Super 2020.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim berkata, berada dalam saingan Liga Super musim depan sememangnya menjadi sasaran yang harus dicapai barisan pemain dan kejurulatihan pasukan.

“Pasti ada ganjaran buat pemain dan pengurusan sebagai tanda penghargaan atas segala usaha gigih mereka semua.

“Sasaran ini memang kita letakkan untuk tahun ini begitu juga untuk memberikan tentangan sebaik mungkin dalam saingan Liga Malaysia 2021.

“Bagi musim depan pula tiga terbaik menjadi sandaran,” katanya kepada CAKAPSUKAN, sebentar tadi.

Selepas berakhirnya 16 perlawanan, MUFC yang dibimbing Zainal Abidin Hassan berada satu tangga di atas zon penyingkiran dengan mengutip 16 mata hasil empat kemenangan, tujuh seri dan lima kekalahan.

Hanya tiga mata membezakan mereka dengan Perak FC yang kini berada dalam zon penyingkiran bersama UiTM FC.

Pemain MUFC sedia memberikan tentangan kepada JDT pada aksi getir malam ini.

Mengulas aksi menentang Johor Darul Ta,zim (JDT) malam ini di Stadium Hang Jebat, Justin yang juga pemilik MUFC mengakui bakal berdepan saingan sengit lawan namun pemainnya telah berjanji akan memberikan saingan dan meraih keputusan positif.

“Kami kehilangan penjaring gol penyamaan ketika menentang KL City FC iaitu, Jang Sukwon kerana penggantungan satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

“Kami cuba untuk mendapatkan tiga mata kerana bola itu bulat, tetapi jika seri ia juga cukup bagus buat pasukan,” tegasnya.

BAKI 6 PERLAWANAN MUFC

  • MUFC lwn JDT FC ( 3 Ogos 2021 / Std Hang Jebat, Melaka)
  • Penang FC lwn MUFC (7 Ogos 2021 / Std Bandaraya Pulau Pinang)
  • MUFC lwn Uitm FC ( 13 Ogos 2021 / Std Hang Jebat, Melaka)
  • Selangor lwn MUFC ( 17 Ogos 2021 / Std MBPJ)
  • MUFC lwn Perak FC ( 21 Ogos 2021  / Std Hang Jebat, Melaka)
  • KDA FC lwn MUFC ( 27 Ogos 2021 / Std Darul Aman, Alor Setar)

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: