Bola Sepak

“Ia terlalu pantas”, Warholm pecah rekod dunia 400m lari berpagar

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Warholm terkejut dengan catatan masa terpantas yang direkodkan dalam acara 400 meter berpagar.

ATLET Norway Karsten Warholm memecahkan rekod dunia acara lari berpagar 400 meter lelaki sekali gus merangkul pingat emas Olimpik Tokyo 2020 pada Selasa.

Atlet berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 45.94 saat, memperbaiki rekod lamanya 46.70 saat.

Sementara itu, Rai Benjamin dari Amerika Syarikat merangkul perak dengan masa 46.17 saat dan Alison dos Santos dari Brazil meraih gangsa.

Warholm bukti usaha yang dilakukan membuahkan hasil yang baik.

“Saya tidak percaya dengan masa (dirakam). Ia terlalu pantas. Saya banyak perkatakan catatan masa yang sempurna. Saya kata ia tidak wujud, tetapi ini adalah paling hampir (sempurna) yang datang.

“Ketika hendak berlumba, saya sentiasa ingat apa yang telah dilakukan untuk berada di sini.

“Dan hanya satu yang belum ada (koleksi medal). Saya tidak boleh gambarkan betapa pentingnya kejayaan ini. Inilah yang saya lakukan dari pagi hingga ke malam. Ia sangat besar,” ujar Warholm.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: