Bola Sepak

Dollah ada petua pastikan Sri Pahang kekal Liga Super 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aung Kaung Man meledak gol tunggal memastikan kemenangan pasukan .

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA Jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh melihat kerja keras dan aksi berkualiti yang konsisten perlu dipamerkan anak didiknya pada baki perlawanan akan datang seandainya ingin keluar dari zon penyingkiran.

Tegasnya, aksi yang dipamerkan ketika pasukan menang tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya City FC malam tadi bukan aksi sebenar berbanding perlawanan sebelum ini.

“Mentaliti pemain masih lagi ingin bertahan walaupun perlawanan masih panjang. Corak permainan tidak menarik dimana saya terpaks menjerit kepada pemain.

“Kalau nak naik daripada zon penyingkiran kita tidak boleh ikut apa yang dilakukan malam ini,” jelasnya.

 

Namun pada masa sama, Dollah tetap bersyukur dengan tiga mata yang diraih selepas sekadar mencacatkan dua keputusan seri menentang Melaka United FC dan Sabah FC sebelum ini.

“Sudah pasti saya bersyukur dengan kemenangan malam ini yang kembali memperbaiki kedudukan pasukan iaitu kesembilan berbanding ke-10.

“Saya harap untuk lebih bagus, pada perlawanan selepas ini aksi lebih mantap dan bertenaga perlu dipersembahkan semua pemain.

“Walaupun tidak bermain dengan baik atas faktor keletihan, tetapi saya berpuas hati kerana kami berjaya mencatat kemenangan,” katanya.

Kenjok Athiu (kiri) turut memiliki beberapa peluang menjaringkan gol namun dinafikan penjaga gawang lawan.

Pada perlawanan itu, gol tunggal skuad Tok Gajah yang dijaringkan penyerang import, Aung Kaung Man pada minit ke-15 sekali gus membantu mengutip tiga mata.

Selepas 16 perlawanan Tok Gajah berada dikedudukan ke sembilan naik satu anak tangga mengumpul 17 mata hasil empat kemenangan, lima seri dan tujuh kekalahan.

Kedudukan ini memastikan Sri Pahang FC dibezakan empat mata dengan Perak FC yang menghuni tangga kedua terbawah manakala Uitm FC terus kekal terperosok di dasar liga dengan hanya meraih dua mata selepas 15 perlawanan.

Anak didik Dollah Salleh tidak akan beraksi menentang Kedah Darul Aman FC pertengahan minggu ini kerana pasukan lawan masih dikuarantin dan merkea hanya akan turun beraksi di padang pada 7 Ogos menentang Terengganu FC ditempat lawan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: