Bola Sepak

Baki perlawanan jadi penentu kedudukan Sang Penyu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pemain sayap TFC, Faisal Halim cuba melarikan bola dari kawalan pertahanan Sabah FC.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BAKI enam perlawanan yang bakal ditempuhi menjadi titik tolak untuk menentukan kedudukan Terengganu FC sama ada berada dalam kelompok yang terbaik mahupun sebaliknya.

Tewas 0-2 bertandang ke Melaka United dan sekadar seri tanpa jaringan berdepan Sabah FC di laman sendiri malam tadi,  skuad Penyu masih kekal menghuni di tangga kedua liga dengan mengutip 31 mata selepas 16 perlawanan.

Namun Kedah Darul Aman yang berada dikedudukan ketiga lagi mengumpul 26 mata masih berpeluang memintas kedudukan TFC kerana hanya beraksi 13 perlawanan sahaja.

Bagi pengendali TFC, Nafuzi Zain pasukan perlu meraih mata maksimun untuk enam aksi akan datang.

“Kita perlukan semaksimun mata yang perlu untuk terus berada dikelompok yang terbaik,” katanya.

Pada aksi yang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi, tuan rumah tidak bernasib baik untuk mengutip tiga mata penuh biarpun mendominasi permainan.

“Kita berpeluang untuk merakam kemenangan, tapi pemain melepaskan banyak peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan terutama pada babak pertama termasuk satu peluang terkena palang gol.

“Tapi bagi saya pemain sudah memberikan aksi yang terbaik bermula pada babak pertama lagi walaupun keputusan tidak memihak kepada kita, jadi kita harapkan pemain bangkit dengan baki enam perlawanan lagi untuk menghuni di kedudukan terbaik liga,” katanya.

Keputusan itu juga menyaksikan jurang mata dengan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin jauh dengan perbezaan lapan mata dengan skuad Harimau Selatan itu mengumpul 39 mata.

BAKI 6 PERLAWANAN TERENGGANU FC

  • PJ City FC lwn TFC ( 4 Ogos 2021 / Std MBPJ)
  • TFC lwn Sri Pahang FC ( 7 Ogos 2021 / Std Sultan Mizan Zainal Abidin)
  • TFC lwn KDA FC ( 14 Ogos 2021 / Std Sultan Mizan Zainal Abidin)
  • KL City FC lwn TFC ( 17 Ogos 2021 / Std KLFA, Cheras)
  • TFC lwn JDT ( 22 Ogos 2021 / Std Sultan Mizan Zainal Abidin)
  • Penang FC lwn TFC (27 Ogos 2021 / Std Bandaraya, Pulau Pinang)

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: