Bola Sepak

Bekas pemain Perak sedia bantu majikannya

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Khalid tampil menyuarakan pandangan sedia membantu bekas pasukannya.

 

KEMEROSOTAN prestasi skuad Perak FC dalam saingan Liga Malaysia ketika ini telah menarik perhatian bekas pemainnya untuk tampil membantu pasukan yang kini berada dalam zon penyingkiran.

Khalid Jamlus yang merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana 2015 dan Azmeer Yusoff yang pernah menyarung jersi Perak pada 2010 hingga 2011 dserta 2014 hingga 2015 menyatakan hasrat berkenaan tanpa sebarang bayaran menerusi komen di media sosial.

Jelas Azmi dia  sudi bantu Perak FC tanpa sebarang bayaran.

Bagi Khalid pula jika diberikan peluang dia akan membantu mempertajamkan serangan.

Komen dua pemain itu turut tular di media sosial dengan rata-rata peminat Perak FC tampak mengalu-alukan kesediaan dua pemain berpengalaman itu untuk membantu memperbaiki prestasi semasa The Bos Gaurus.

Perak FC berada pada prestasi buruk musim ini apabila menduduki tangga kedua tercorot Liga Super dengan hanya mengumpul 13 mata selepas 16 perlawanan dan berisiko tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: