Bola Sepak

FAM senarai 28 pemain sertai kelayakan Piala Asia Wanita 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

FAM menyenaraikan 28 pemain menjalani latihan secara maya.

SERAMAI 28 pemain telah disenaraikan untuk menjalani latihan secara maya sebagai persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Wanita 2022 yang dijadualkan di India pada 13 hingga 25 September ini.

Ketua Jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Jacob Joseph berkata, barisan pemain terdiri daripada gabungan pemain berpengalaman dan muda sudah memulakan latihan secara maya sejak 12 Julai lalu di sebalik situasi pandemik Covid-19.

“Memandangkan kes COVID-19 berada di tahap yang membimbangkan, kami belum lagi mendapat kelulusan untuk menjalankan latihan secara berpusat seperti biasa, selain ingin memastikan kesihatan pemain tidak terjejas,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan.

Tambahnya lagi, walaupun latihan secara dalam talian ini tidak ideal, namun sehingga kami mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), kita harus meneruskannya buat sementara waktu,” katanya.

Jacob berharap kes harian Covid-19 menurun dalam masa terdekat, supaya skuad kendaliannya mendapat kelulusan untuk menjalani latihan secara berpusat menggunakan gelembung sukan bermula bulan ini.

Dalam undian pada 24 Jun lalu, Malaysia di undi bersama Thailand dan Palestin dalam kumpulan H pada pusingan kelayakan.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: