Bola Sepak

Tok Gajah sudah tidak seri, Sang Penyu dirundung kecewa

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Muslim Ahmad cuba mengawal pergerakan pemain PJFC, Mahali Jasuli.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

JARINGAN tunggal penyerang import Sri Pahang FC, Aung Kang Mann memastikan pasukan tidak lagi dilabelkan dengan gelaran pakar seri apabila membantu pasukan meraih kemenangan ke atas  Petaling Jaya City FC (PJFC), sebentar tadi.

Pemain kelahiran Myanmar itu bertindak bijak melepasi kawalan benteng lawan untuk melepaskan rembatan menewaskan penjaga gawang pelawat, Khalamullah Al Hafiz pada minit ke-15.

Tok Gajah seharusnya mampu meledak lebih banyak gol dengan deretan peluang yang dimiliki Kang Mann pada minit ke 65 namun percubaan pemain berkenaan tersasar ketika hanya berdepan dengan Khalamullah Al Hafiz.

Selang empat minit kemudian Khalamullah terus mempamerkan ketangkasannya apabila mengagal tandukan kencang menerusi pada minit ke- 69.

Pelawat turut memiliki beberapa peluang menyamakan kedudukan pada baki 10 minit terakhir separuh masa kedua melalui Mahali Jasuli namun sepakan lemah pemain berkenaan gagal menewaskan Helmi Eliza.

Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani cuba melarikan bola dari kawalan pemain TFC, Hakimi.

AKSI di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu pula mencerminkan skrip berbeza apabila TFC terus gagal meraih tiga mata penuh menentang Sabah FC.

Jaringan sepakan percuma yang dihasilkan Da Silva pada minit ke 88 hampir memberikan kegembiraan skuad Sang Penyu namun ia dibatalkan ekoran salah seorang pemain tuan rumah didapati menghalang penglihatan penjaga gawang Sabah FC, Rozaimie Rohim.

Terdahulu tuan rumah dihidangkan deretan peluang melalui Da Silva dan Dechi Marcel namun palang gol dan kekebalan benteng pelawat menjadi penghalang buat mereka mencatatkan nama selaku penjaring gol.

Rodriquez (dua,kanan) meledak dua gol membantu kemenangan 3-0 mengatasi KUFC.

SAINGAN Liga Premier turut berlangsung malam ini dengan Johor Darul Ta’zim (JDT ) II tidak berdepan masalah meraih tiga mata penuh untuk menewaskan Kelantan United FC, 3-0 pada aksi di Stadium Larkin, Johor Bharu.

Gol tuan rumah dijaringkan penyerang import, Fernando Rodriquez pada minit ke-15 dan 61 sebelum Alif Abdul Mutalib turut mencatatkan nama selaku penjaring gol ketiga buat pasukan minit ke-86.

Sementara itu satu lagi aksi diantara PDRM FC yang menentang Skuad Projek FAM-MSN yang berlangsung di Stadium KLFA, Cheras berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: