Bola Sepak

Sang Badak tempang bertandang ke Kuala Terengganu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Alto Linus tidak akan beraksi malam ini ekoran penggantungan perlawanan.

SABAH FC bakal bertandang ke Kuala Terengganu dengan skuad tempang apabila tiga tonggak utamanya tidak dapat memperkuatkan pasukan menjelang aksi menentang Terengganu FC, malam ini.

Alto Linus dan Randy Baruh masing-masing telah mengumpul 3 kad kuning manakala pemain import dari Korea, Park Taesu pula cedera ketika perlawanan menentang Sri Pahang FC tempoh hari yang berkesudahan seri 2-2.

Pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, beberapa pemain sudah dikenalpasti untuk menggalas tugas utama dan percaya ia mampu digalas.

“Kita harus tetap menghadapi perlawanan malam ini , tanpa mereka bertiga saya tetap yakin dengan pemain yang sedia ada.

“Saya rasa mereka juga sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan yang berat lebih-lebih lagi apabila kita akan bermain di tempat lawan.

“Saya harap semua pemain tetap bersemangat dan yakin untuk menghadapi perlawanan malam esok sekali gus mencapai satu keputusan yang baik,” katanya.

Park Taesu (tengah) terus berada diluar padang selepas masih mengalami kecederaan.

Kurniawan berkata, beberapa kesilapan ketika perlawanan menentang Sri Pahang FC sudah dikenalpasti namun usaha keras pemain perlu dilakukan untuk sekurang-kurangnya dapat mengutip mata di tempat lawan.

“Saya selalu menekankan kepada pemain bahawa semua perlawanan adalah sama-sama dipikul dan selalu menganggap semua perlawanan adalah final.

“Dalam perlawanan bola sepak apa-apapun boleh berlaku. Mudah-mudahan kita dapat mencuri mata di gelanggang lawan malam nanti,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: